Sejarah Pusat Sumber Sekolah.
Pusat Sumber Sekolah SK Simpang Rawai memulakan
operasinya di bangunan asal (bangunan kayu) diawal penubuhannya pada 1951. Pada
awal 1980-an, PSS sekolah ini berpindah ke bangunan baru dua tingkat bersama
dengan blok pentadbiran sekolah. PSS yang terletak di tingkat atas mengandungi
bilik Perpustakaan dan Bilik Tayangan serta Bilik Alat Pandang Dengar. Pada
1995, PSS mendapat bangunan baru yang menempatkan perpustakaan, Bilik BBM dan
Bilik Tayangan. Ia merupakan bilik-bilik khas.
Beberapa pengubahsuaian untuk tujuan
keceriaan telah dijalankan pada bilik-bilik berkenaan supaya murid-murid dan
guru-guru berasa lebih selesa. Bilik tayangan telah diubahsuai menjadi lebih
menarik sepertimana yang terdapat sekarang ini. Semua kerja-kerja tersebut
dilakukan oleh guru-guru SKSR yang mempunyai kemahiran bertukang.
Pada bulan August 2011 sekali lagi
PSS berpindah ke bangunan baru tiga tingkat. Lokasi baru PSS adalah di tingkat
atas yang menempatkan perpustakaan, bilik multimedia, bilik rakaman dan bilik
tayang. Aktiviti menghias dan menceriakan PSS dilakukan secara gotong royong
oleh guru-guru SKSR.
Visi Pusat Sumber
Menyumbang dan memberi perkhidmatan berbentuk ilmu dan maklumat kepada semua warga SKSR sesuai dengan matlamat pendidikan bestari dan falsafah pendidikan kebangsaan .
Misi PSS
Menjadikan PSS sebagai pusat rujukan
setempat bagi peningkatan kemahiran, pengurusan bahan dan aktiviti
profesionalisme guru yang berasaskan amalan teknologi pendidikan bagi menjana
impak kecemerlangan pendidikan sekolah.
Piagam PSS
Kami warga Pusat Sumber dengan janji ikhlas dan bertanggungjawab sesungguhnya berhasrat secara berterusan akan :
1. Memberi layanan yang adil dan saksama kepada semua pelajar.
2. Mengurus dan menyediakan perkhidmatan terbaik ke arah kecemerlangan pelajar
3. Mewujudkan iklam pusat sumber yang kondusif untuk pembelajaran
4. Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak pelanggan dan sanggup menerima sebarang pandangan dan cadangan .
Matlamat PSS
1. Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah.
2. Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk
membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan
dalam pembangunan negara, bangsa dan agama.
3. Membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplin untuk membantu sahsiah
pelajar supaya dapat memainkan peranan positif.
Objektif PSS
1. Menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan guru dan pelajar.
2. Menggalakkan para pelajar dan guru-guru menggunakan kemudahan pengajaran dan
pembelajaran di pusat sumber
3. Meningkatkan profesionalisme guru
4. Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat.
5. Membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran.
Fungsi dan Peranan PSS
Pusat Sumber sekolah memainkan peranan penting untuk menawarkankemudahan dan laluan intelektual kepada maklumat .Pusat Sumber SKSR akan berusaha untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dengan menawarkan sumber-sumber aktiviti yang dapat menyumbang kepada pembelajaran sepanjang hayat .
No comments:
Post a Comment